Kerja-kerja dakwah sememangnya penuh cabaran tetapi ia menjanjikan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T bagi mereka yang ikhlas, bersabar, berkorban dan terus istiqomah dalam jalan yang diyakini.
Sesuai dengan kewajiban dakwah, maka melahirkan para dai’e dan ulama’ itu juga menjadi wajib bagi melaksanakan tuntutan amar makruf nahi mungkar bagi menyuburkan nilai-nilai Islam di bumi Malaysia yang tercinta.
Sebuah organisasi yang teratur perlu diwujudkan bagi membimbing dan membentuk para dai’e dan ulama’ yang berjiwa bersar. Secara tidak langsung menjadi tempat untuk orang ramai berteduh dan menimba ilmu membentuk jiwa yang untuh.
Pada masa yang sama menjadi tanggungjawab organisasi itu untuk melatih skil-skil keperluan semasa dan membina daya pemikiran yang matang dan maju kedepan bersesauian dengan peredaran zaman. Agar para dai’e dan ulama’ yang dilahirkan nanti mampu menjadi kompetitif, bersemangat dalam merangka strategi dan tindakan yang sesuai untuk menyebarkan lagi agama suci Islam dengan lebih meluas.
PENGENALAN
Maahad Tahfiz Intan sebuah organisasi induk bagi berberapa institusi pusat pendidikan dan dakwah yang aktif menjalankan program-program pendidikan, dakwah dan kemasyarakatan di negeri jelapang Padi Kedah Darul Aman.
Institusi ini merupakan cetusan ilham dan gerak kerja dari Ustaz Idrus Ahmad dan Ustaz Azahari Yusof pada 24hb Ogos 2015 yang beralamat di No Lot 11559 Sg. Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Maahad Tahfiz Intan giat melahirkan generasi pencinta Al Quran dan terdapat juga.
Institusi ini juga aktif dalam menjalankan program bersama ulama-ulama’ serata dunia.